Wednesday, August 3, 2011

Kronologi Pembinaan Blok Bangunan Baru

Blok bangunan baru Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah telah siap sepenuhnya dan telah diserahkan secara rasmi pada 27 Julai 2011 yang lalu.

Pembinaan blok bangunan ini bermula pada akhir tahun 2009. Kerja-kerja pembinaannya telah mengambil masa selama 1 setengah tahun.

Antara bilik-bilik yang terdapat di blok bangunan baru ini ialah;

Aras Bawah : Kantin, Kedai Buku, Bilik Keselamatan, Makmal Sains & Bilik Persalinan Kakitangan.
Aras Satu : Tandas Murid Perempuan, Tandas Guru, Bilik Guru & Pejabat Pentadbiran.
Aras Dua : Tandas Murid Lelaki, Tandas Guru, 5 buah bilik darjah & Bilik Mesyuarat.
Aras Tiga : Tandas Guru, 2 bilik darjah, Bilik Akses, Bilik Kaunseling & Surau.

Semoga dengan adanya blok baru yang indah ini, warga SK LKTP Kemelah akan lebih bersemangat untuk mencipta kecemerlangan.

Sila klik di SINI untuk melihat kronologi pembinaan blok bangunan baru ini.

0 ulasan:

Post a Comment